Wikipedia

Hasil carian

Rabu, 2 Oktober 2019

Pemerintahan sebelum Kesultanan Selangor






PEMERINTAHAN tradisional di Klang merupakan institusi pemerintahan yang tertua di negeri Selangor.
Menurut penyelidik sejarah Selangor, Faisal Surani, Selangor yang dikenali pada hari ini hanya terbentuk pada November 1766, namun sebelum itu ia dikenali sebagai negeri Klang.
“Institusi Penghulu di Klang dipercayai telah wujud sejak zaman Empayar Srivijaya lagi dan kedudukan serta definisi penghulu ketika itu tidak sama seperti yang kita fahami pada hari ini.
“Institusi Penghulu di Klang dari zaman berkenaan hingga Perang Klang meletus merupakan institusi Orang Besar dan Ketua Adat yang berperanan sebagai Wakil Raja atau Pemerintah Mutlak negeri Klang.” ujarnya.
Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka, Tun Perak pernah dilantik menjadi penghulu di Klang menggantikan penghulu sebelumnya.
“Sewaktu menjadi penghulu di Klang, Tun Perak telah membuat rumah di Jalan Rembau, Kampung Klang (sekarang Jalan Tengku Kelana) bersama orang-orang Melaka dan Minangkabau,” katanya.
Pada zaman pemerintahan Kerajaan Johor Lama pula, beberapa pembesar telah dihantar ke tempat-tempat yang berada di bawah naungannya termasuklah Klang.
“Kerajaan Johor Lama telah menghantar Dato’ Engku Klang sebagai Wakil Sultan Johor Lama di Klang.
“Di Kuala Selangor pula Dato’ Seri Agar Diraja dilantik sehingga tahun 1528 ketika Sultan Perak pertama mengambilnya menjadi pembesar di negeri itu,” katanya.
Pada masa sama, Kerajaan Pagar Ruyung dari Alam Minangkabau juga menghantar wakilnya iaitu Dato’ Tujuh Lekek Dato’ Bendahara Kuning Lima Kaum ke Klang bagi memenuhi permintaan masyarakat Minangkabau yang ramai di Klang ketika itu.
“Rombongan besar Dato’ Bendahara Kuning bersama-sama orang-orang Tanah Datar, Kuantan, Kampar dan Batu Bara ke Klang telah disambut secara besar-besaran mengikut adat oleh Dato’ Engku Pinang Tunggal iaitu Dato’ Engku Klang yang pertama.
“Disebabkan hubungan baik antara Kerajaan Johor Lama dan Kerajaan Pagar Ruyung serta kawasan Klang yang besar, maka kedua-dua Dato’ Engku Pinang Tunggal dan Dato’ Bendahara Kuning bersepakat dan bersetuju memerintah Klang secara bersama.
“Pemerintahan itu menyaksikan Dato’ Engku Klang mentadbir di Klang Darat dan Dato’ Bendahara Kuning pula memerintah kawasan Klang Pantai.
“Perkara ini dilambangkan dengan alat kebesaran iaitu Merak Mas. Satu daripadanya disimpan oleh Dato’ Engku Klang dan satu lagi dipegang oleh Dato’ Bendahara Kuning Klang,” katanya.
Sejak itu, Klang menjadi salah satu negeri di bawah pengaruh Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali sebagai Negeri Yang Sembilan.
Malah di dalam tambo juga ada disebut tentang perjanjian ini dan sempadan pemerintahan kedua-dua pembesar ini. Sempadan kuasa Dato’ Kaya Klang merangkumi:
“...dari penghabisan pasang (pertemuan Sungai Pencala dan Sungai Klang) hinggo panghabisan suruik (Pulau Ketam, Selat Melaka) Sungei Kolang kiri kanannyo, dari Sungei Pulo (berhampiran Jeram) di utaro hinggo Tanjung Rhu (Pulau Sialang atau Pulau Carey sekarang) di selatan...”
Keturunan Dato’ Engku Klang inilah yang menjadi Orang Besar Daerah Hulu Langat sekarang manakala keturunan Dato’ Bendahara Kuning pula memegang jawatan Orang Besar Daerah Klang turun temurun dan dikurniakan gelaran Orang Kaya Klang oleh Kerajaan Johor Lama kerana berpangkat Bendahara.
“Dalam kalangan Pembesar Tradisional di negeri Klang dan negeri Selangor kemudiannya, hanya Klang sahaja yang menggunakan gelaran ‘Orang Kaya’.
“Perkara ini kemudian berubah pada awal 1930-an ketika pemerintahan British apabila semua pembesar daerah diberikan gelaran yang sama,” katanya.
Tambahnya, dari segi adat istiadat Melayu adalah menjadi satu kesalahan jika para pembesar di dalam sesebuah negeri mempunyai gelaran yang sama.
Sekiranya berlaku, ia secara simbolik menggambarkan kelemahan kebijaksanaan pemerintahan.
“Secara asasnya gelaran penuh jawatan pusaka Orang Besar Daerah Klang adalah Dato’ Bendahara Kuning Klang Orang Kaya Maha Bijaya Klang.
“Uniknya setiap pemegang jawatan berkenaan pula mempunyai panggilan adat tertentu seperti Dato’ Bendahara Kuning Lima Kaum, Dato’ Bendahara Kuning Yang Kecil, Dato’ Bendahara Kuning Agor dan seterusnya hingga hari ini, selaras dengan budaya adat Minangkabau,” katanya
Dato’ Bendahara Kuning Lima Kaum iaitu Dato’ Kaya Klang yang pertama bertanggungjawab membuka Pengkalan Kampar dan Kampung Kuantan.
“Di Kampung Kuantan inilah letaknya Rumah Gadang Dato’ Bendahara Kuning Orang Kaya Klang suatu ketika dahulu. Satu-satunya rumah Dato’ Kaya Klang yang masih ada dan berusia hampir 100 tahun sekarang terletak di Jalan Kapar sekarang, berhadapan sebuah kilang minyak,” katanya.
Dato’ Bendahara Kuning Yang Kecil merupakan Dato’ Kaya Klang Kedua dan paling lama memerintah sehingga panggilan kepada beliau digelar Orang Kaya Kecil.
Dato’ Kaya Klang serta Orang Kaya Kecil sebenarnya adalah jawatan dan individu yang sama tetapi ada masanya panggilan Orang Kaya Kecil ini merujuk kepada Tok Muda atau waris kepada jawatan Dato’ Kaya Klang.
Dato’ Seri Agar Diraja, Dato’ Engku Klang dan Dato’ Bendahara Kuning Klang inilah yang dikenali sebagai Andika Sedia Diraja kerana mereka mempunyai kuasa penuh seperti Raja ke atas pegangan mereka.
Keturunan mereka yang telah memasuki 13 hingga 15 generasi masih ada lagi dan memegang jawatan berkenaan hingga hari ini sejak lebih kurang 500 tahun dahulu.
Gelaran Andika Sedia Diraja ini kemudian bertukar menjadi Dato’ Besar Empat Suku Klang dengan munculnya jawatan-jawatan Dato’ Jeram, Dato’ Penggawa Permatang dan terakhir sekali Dato’ Aru.
“Mereka inilah pemerintah tradisional Negeri Klang sebagai salah satu Negeri Sembilan yang asal sebelum kedatangan orang-orang Bugis.
“Setelah terbentuknya Kesultanan Selangor, keempat-empat Dato’ Besar Empat Suku bersama dengan Dato’ Engku Klang masih terus dikekalkan jawatan dan kuasa mereka,” katanya.
Pada masa sama sultan-sultan Selangor turut melantik wakil baginda di setiap daerah termasuk Klang dari semasa ke semasa sehinggalah meletusnya Perang Klang.
“Namun campur tangan British dalam pentadbiran negeri Selangor telah banyak mengubah peranan, tugas, bidang kuasa dan tanggungjawab para pembesar berkenaan.
“Dato’ Kaya Klang dan Dato’ Engku Klang masing-masing mempunyai Orang-orang Besar mereka sendiri yang terdiri daripada Tok Batin, Penghulu-penghulu Adat serta Lembaga Adat.
Mengikut adat, Orang-orang Besar inilah yang akan menentukan dan melantik Dato’ Kaya Klang dan Dato’ Engku Klang apabila berlaku kekosongan.
Semasa tertubuhnya Kesultanan Selangor, adat ini masih diteruskan dan diubahsuai di mana Sultan Selangor berperanan mengesahkan pelantikan ini melalui Istiadat Menjunjung Duli.
“Akibat Perang Klang, ramai penghulu adat ini telah meninggal dunia atau lari meninggalkan Selangor kerana kalah perang.
“Ditambah lagi dengan campur tangan British dalam hal ehwal istana telah menyebabkan istiadat pelantikan ini dilupakan,” katanya.





Selasa, 1 Oktober 2019

Sejarah Negeri Sembilan

A . Penduduk AsalSunting

Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum SakaiSemang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.

B. Penghijrahan Orang MinangkabauSunting

Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan sukuBiduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.
Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghuludan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

C. Asal Nama Negeri SembilanSunting

Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada JohorNaning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, RembauSungai UjongJoholJelebu dan Jelai yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor[1]. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal.

D. YamtuanSunting

Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan.
Istilah Yang DiPertuan Besar adalah gelaran pemimpin bagi orang Melayu sebelum kedatangan Buddha, Hindu dan Islam. Ini dibuktikan melalui pendiri kerajaan Srivijaya pertama iaitu Sri Jayanasa menggunakan gelaran Dapunta Hyang yang bermaksud Yang Dipertuan Yang Suci.

E . Adat PerpatihSunting

Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik yang didapat Negeri Melayu dari sistem masyarakat Minangkabau kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu di Malaysia pada umumnya, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Negeri Melayu lain berpegang pada Adat Temenggong. Tetapi Datuk Perpatih dan Datuk Temenggong adalah dua bersaudara di Sumatera dan terus berkembang di Malaysia. Kesultanan Melakapada kurun ke-15 menjadikan Adat Temenggongmenjadi dominan di Alam Melayu. Raja Melaka memberi perlindungan kepada penghijrah dari Minangkabau untuk menetap di Naning. Selepas Portugis menguasai Melaka, perlindungan itu dilanjutkan oleh Kesultanan Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka.[2]

Adat Perpatih




Adat Perpatih

(عادت ڤرڤاتيه) berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi. Adat ini mungkin berumur 3000-4000 tahun berdasarkan dari banyaknya persamaan adat ini dengan orang Polynesia, Micronesia dan Melanesia yang telah berhijrah ke sana dan membawa adat resam ini bersama mereka. Contohnya orang Palau ,salah satu etnik penutur bahasa-bahasa Melayu-Polinesia masih mewariskan harta sepenuhnya kepada anak perempuan dan dijaga oleh anak lelaki, ketua suku dan raja mereka
Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.

Struktur Masyarakat Adat PerpatihSunting

Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku dan LuakPerut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu RembauSungai UjungJohol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak InasLuak Ulu MuarLuak Gunung PasirLuak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak.
Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.
Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang RembauUndang Sungai UjungUndang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

Prinsip-prinsip Adat PerpatihSunting

Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.
  1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
  2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
  3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
  4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat mereka.
  5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Pembahagian hartaSunting

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja). Adat ini menepati ayat Quran 4:34 bahawa lelaki bertanggungjawab menjaga makan minum dan tempat tinggal saudara-mara perempuan yang tidak berkahwin dan isteri mereka.

Hukum pemakanan Islam

Hukum pemakanan Islam  memberikan satu set peraturan yang menentukan  makanan  yang  halal  dimakan oleh  Muslim . Huraian Su...