Wikipedia

Hasil carian

Isnin, 30 September 2019

Raja Haji Fisabilillah

Raja Haji Fisabilillah



Raja Haji
Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Celak (1727 - 18 Jun1784) atau lebih dikenali sebagai Raja Haji adalah seorang pahlawan Bugis dan Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga (1777 - 1784). Dilahirkan di Ulusungai, Riau, Raja Haji meninggal dunia di Teluk Ketapang, Melaka dan dimakamkan di Pulau Penyengat Indera Sakti, Kepulauan RiauIndonesia.[1]

Monumen Raja Haji Fisabilillah di Tanjung Pinang

KeluargaSunting

Raja Haji merupakan adik Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor.[2] Manakala Raja Ali Haji yang terkenal itu merupakan cucu beliau.

PerjuanganSunting

Raja Haji terkenal dalam melawan pemerintahan Belanda apabila Belanda berusaha untuk menawan Riau. Beliau malah cuba menyerang kubu Belanda di Melaka pada tahun 1784 tetapi tewas. Pada tahun yang sama berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini. Serangan Belanda ini menimbulkan kemarahan anak saudaranya Raja Ibrahim, menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dalam persengketaan antara Belanda dengan Johor.[3]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hukum pemakanan Islam

Hukum pemakanan Islam  memberikan satu set peraturan yang menentukan  makanan  yang  halal  dimakan oleh  Muslim . Huraian Su...