Wikipedia

Hasil carian

Khamis, 20 Ogos 2020

SEJARAH KESULTANAN SELANGOR.






 SEJARAH DAERAH KUALA SELANGOR


1. Sultan Selangor Pertama ( 1743 - 1778 diperintah oleh Sultan Sallehuddin ).

2. Sultan Selangor Kedua ( 1778- 1826  diperintah oleh Sultan Ibrahim ). Semasa pemerintahan baginda, Kuala Selangor dijajah oleh Belanda pada tahun 1784 dan Inggeris pada tahun 1818.

3. Sultan Selangor Ketiga ( 1826-1857 diperintah oleh Sultan Muhammad ). Pada tahun 1827  berundur ke Jugra. Baginda mangkat pada tahun 1857.

 


SEJARAH AWAL KUALA SELANGOR

Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Timbulnya nama Selangor adalah sempena sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor. Zaman dahulu memang telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat itu dari nama sungai. Sebagaimana yang diketahui mereka tinggal di tebing sungai yang menjadi alat perhubungan ketika itu. 

 


SEJARAH KESULTANAN

Sebagaimana yang tertulis di atas bahawa sebelum Kuala Selangor mempunyai sultan tempat ini telah pun didiami oleh orang laut diketuai oleh Upu Chendera Burung. Kisah ini berlainan jika dikaitkan dengan Selangor seluruhnya. Kalau berpandukan kepada kesultanan pertama memanglah tiada siapa dapat menafikan bahawa Raja Lumu yang bergelar Sultan Salahuddin itu merupakan Yang DiPertuan Kuala Selangor (Selangor) pertama.


Walaupun ada setengah pendapat mengatakan bahawa Raja Lumu bukannya sultan pertama di Selangor kerana sebelum Raja Lumu datang di Selangor telah ada yang memerintahnya. Malah keterangan itu mendakwa di Klang telah lebih awal mempunyai ketua, Datuk Engku Klang.Datuk Engku Klang dikatakan berasal dari Negeri Sembilan, anak Sultan Johor. Dalam keterangan yang sama juga menjelaskan bahawa di Kuala Selangor telah ditadbir oleh Datuk Penggawa, Langat Datuk Aru, Ulu Langat dipimpin oleh Datuk Engku Kelang dan Klang pula ditadbir oleh En Chik Yang Tujuh.

Berpandukan dari keterangan ini nyatalah bahawa pimpinan Datuk Engku Klang tidak meliputi Kuala Selangor, beliau hanya berkuasa di sepanjang Sungai Klang sahaja

 


KESULTANAN AWAL

Kesultanan awal Selangor juga bermula dari Kuala Selangor kerana kesa-kesan yang membuktikan pendapat ini masih terdapat di Kuala Selangor hingga sekarang ini. Akhir K.M 17 di Kuala Selangor telah mempunyai Yam Tuan iaitu seorang raja dari negeri Gua Tanah Bugis bernama Arang Pasarai dan anaknyalah yang berkahwin dengan Daeng Perani, salah seorang anak raja Bugis lima bersaudara kemudiannya mendapat puteri Berima.

Daeng Perani dengan bantuan saudara-saudaranya pergi membantu Sultan Kedah kerana rebutan kuasa. Dalam pertempuran ini Daeng Perani mangkat kena tembak. Seorang lagi dari Raja Bugis itu ialah Daeng Chelak berkahwin dengan Tengku Mandak adinda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah ( 1722-1760) Johor. Apakala Daeng Chelak bertugas ke Riau sebagai Yam Tuan Muda Riau ke 11 dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernamaDaeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.

Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.

Tahun 1742 Daeng Chelak ke Kuala Selangor dengan orang Bugis menyerang Perak dan beberapa ketika disana kemudian ke Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor.

Pendapat yang lain pula menyebut, dalam tahun 1743 Raja Lumu telah belayar dari Riau untuk mencari negeri batu ke utara Melaka. Turut serta dalam rombongan itu ialah Daeng Loklokdan beberapa orang pengikutnya. Disebabkan keputusan air minum, rombongan ini pun singgah di sebuah pulau kononnya itu ialah Pulau Angsa sekarang ini. Di situ tidak terdapat air tawar untuk dijadikan minuman lalu singgah dan masuk menyusur ke Sungai Selangor. Setelah sampai ke suatu gelanggang menyabung ayam, jong pun berlabuh. Kedatangan Raja Lumu ini disambut baik oleh anak-anak tempatan kerana beliau dari keturunan Bugis, sebagaimana sumpahan mereka.

Hasrat untuk mencari air tawar untuk miniman itupun luput dari fikiran Raja Lumu bila penduduk tempatan meminta baginda menjadi ketua mereka. Permintaan ini dipersetujui oleh Raja Lumu. Sebagai menyampaikan hajat Raja Lumu, sebuah kolam air tawar di kaki bukit di pinggir Sungai Selangor telah ditunjukkan kepada baginda. Pengakuan dari Raja Lumu inilah berpuncanya kesultanan awal di Kuala Selangor. Raja Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Selangor pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.

Berita yang mengatakan Raja Lumu anak Daeng Chelak dari Bugis menjadi Yang DiPertuan Selangor itu sampai pula dari pendengaran Sultan Muzaffar Syah di Perak, ketika itu bersemayam di Beruas.

Sultan Muzaffar Syah pun menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu barangkat ke Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda. Ketibaan Raja Lumu disambut dengan penuh istiadat raja besar-besaran dengan pukulan nobat dan tiupan nefiri. Acara ini dilakukan dengan tujuan sebagai ujian kepada Raja Lumu, adakah beliau benar-benar berketurunan raja yang berdaulat. Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Raja Lumu, baginda Sultan Muzaffar Syah pun mengesahkan perlantikan tersebut. Seterusnya dinobatkan dan bergelar Sultan Salehuddin Syah, sementara Daeng Loklok digelar Datuk Maharaja Lela Husin.

Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Sultan Salehuddin Syah pulang ke Kuala Selangor. Itulah Sultan Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama Bukit Malawati. Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap. Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang DiPertuan Besar Selangor digelar Sultan Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi sendiri oleh Yang Dipertuan Besar Perak.

Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan dihadapan rakyak Selangor dengan penuh istiadat. Dari sejak itu antara keduanya menjadi sahabat baik sentiasa berutusan. Malangnya dalam buku ini tidak menyebutkan siapakah nama Yang DiPertuan Perak pada ketika itu, tetapi jika memandangkan kepada nama Yang DiPertuan Selangor yang ditabalkan itu ialah sultan Salehuddin memerintah tahun 1756 hingga 1778.

Tetapi Sejarah Melayu v ditulis oleh Buyong Adil dalam The Malay School Series 1952 menyebut Sultan Selangor itu memerintah dalam tahun 1743-1770. Ketika itu baginda berangkat ke Perak dan dinobatkan oleh Sultan Perak bergelar Sultan Salehuddin. Begitu juga dalam sebuah buku cenderamata Selangor 1939 yang bertulis dalam tulisan jawi, diruangan salahsila Sultan Selangor bertulis Siltan Salehuddin memerintah dalam tahun 1743. Walau bagaimanapun sekiranya benar yang dinobatkan Raja Lumu, memanglah jelas penabalan baginda berkisar dari tahun 1743-1756. Memandangkan pada tarikh ini nyatalah pula Yang DiPertuan Perak ketika itu Raja Inu bergelar Sultan Muzaffar Shah 111 memerintah 1728-1756. Mengikut buku Misa Melayu yang ditulis oleh Raja Chulan bin Raja Ab. Hamid, semasa Perak diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Raja Selangor datang mengadap ke Perak. Ketika ini Raja Selangor dinobatkan dan terus dikurniakan gelaran Sultan Salehuddin dengan mengurniakan cap mohor.

Kenyataan dari buku Misa Melayu ini agak berbeza dengan pendapat-pendapat lain, tetapi kemungkinan ada sedikit persamaannya dengan keterangan buku yang ditulis oleh Barbara Watson Andaya, Perak bertajuk The Abode of Grace, terbitan Oxford University Press 1979. Buku ini menyebut Raja Kimas atau Sultan Mahmud Syah Perak yang mengistiharkan Raja Lumu sebagai pemerintah bebas Selangor. Tetapi kenyataan ini boleh juga dianggap pengistiharannya sebagai pemerintah bebas sahaja dilakukan oleh Sultan Mahmud, sebagai mengukuhkan kedudukan Raja Lumu Selangor. Kemungkinan juga pengistiharan penabalan ini dilakukan sebagai membebaskan diri Raja Lumu dari cenkaman Johor dan Riau pada ketika itu. Keterangan ini berkemungkinan ada benarnya kerana memandangkan tarikh yang disebut di atas tadi, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor dan Riau apabila berkirim surat kepada Raja Lumu, baginda menggunakan gelaran Sultan Salehuddin.

Sejarah Johor ini juga ada mengatakan pada 30hb. January, 1756, Sultan Sulaiman (Johor) berangkat ke Riau. Pada tahun itu juga didapati bermulanya gelaran raja pemerintah Selangor itu Sultan Salehuddin iaitu abang Raja Haji, putera Daeng Chelak Yamtuan Muda Riau Kedua. Memandangkan dari keterangan-keterangan tadi jelaslah bahawa Raja Lumu dinobatkan oleh Sultan Muzaffar Syah 111 Perak kira-kira sebelum tahun 1756. Menyentuh mengenai kepulangan Sultan Salehuddin Selangor selepas diistiharkan menjadi Yang DiPertuan Selangor juga terdapat beberapa perbezaan : Mengikut Tuhfakul al Nafis kepulangannya diiringi oleh Yang DiPertuan Perak. Sementara dalam buku Misa Melayu pula mengatakan selepas Raja Lumu dinobatkan bergelar Sultan Salehuddin, baginda kemudiannya berangkat mendapatkan Raja Haji yang sedang berperang ke negeri Kedah.

Begitu juga dalam Sejarah Alam Melayu V menyebut, Raja Lumu Selangor datang ke Perak dan meminta gelaran kepada Yang DiPertuan Perak, tetapi tidak menyebut siapakah pengiringnya waktu pulang ke Selangor.

Mengikut suatu pendapat cara lisan jika menganalisa dari peribadi Raja Lumu, sebelum dianya bergelar baginda telah berkahwin dengan salah seorang puteri Perak. Jika ini benar tidaklah syak lagi ada kebenarannya Yang Dipertuan perak mengiringi baginda pulang ke Selangor. Lebih-lebih lagi Raja Lumu semasa berada di Perak hanya menerima gelaran sahaja, sedangkan penobatannya berlangsung di Kuala Selangor, yakni di hadapan rakyat Selangor. Memang ada kemungkinan Yang DiPertuan Perak turut menyertai upacara itu.




DARI UNSUR-UNSUR LAIN

Di Klang ketika itu ada empat orang datuk yang sama sahaja jawatannya iaitu Datuk Engku , Datuk Aru,
Datuk Penggawa dan Datuk Kecil Yang Tujuh (Anak Encik Kuning) yang menggelar dirinya Orang Kaya Klang
setelah mendapat persetujuan dari Datuk Engku, selaku pemimpin utama ketika itu. 

Disebabkan keempat-empat mereka ini mempunyai tanggungjawab yang sama, mereka pun mengambil
keputusan supaya menjemput seorang raja sebagai penaung. Dari sebab-sebab inilah Raja Lumu dijemput
khas datang ke Selangor menjadi Yang DiPertuan pertama bertempat di Bukit Selangor dengan persetujuan
ayahandanya, Daeng Chelak.



SEJARAH KESULTANAN SELANGOR.




Salasilah Kesultanan Selangor.
Jump to navigationJump to search

Tun Habib Abdul Majid

Bendahara Kesultanan Johor

Tun Habib Abdul Majid (1637 – 27 Julai 1697) ialah Bendahara Kesultanan Johor yang ke-19 Kesultanan Johor di bawah Sultan Mahmud Shah II mula kehilangan kuasa semasa perkhidmatan Tun Habib sebagai Bendahara Johor. Pergolakan dalaman Kesultanan Johor yang ditempuh Tun Habib mengukuh kuasa beliau sebagai Bendahara, yang merupakan kuasa sebenar di belakang Kesultanan Johor pada ketika itu. Selepas Tun Habib meninggal dunia, keturunannya menguasai Kesultanan Johor dan mengasaskan Kesultanan Riau-Lingga, JohorPahang dan Terengganu.

Bendahara Johor

Perebutan kuasa

Tun Habib ialah anak Maharaja Sri Diraja Johor, dan bersaing untuk pengaruh dan kuasa dengan Laksamana Tun Abdul Jamil semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III.

Pada tahun 1677, Sultan Ibrahim Shah melantik Tun Habib sebagai Bendahara Johor dan diberi gelaran "Bendahara Seri Maharaja" pada tahun berikutnya.Walau bagaimanapun, kuasa beliau dibayangi oleh Laksamana Tun Abdul Jamil yang lebih berpengaruh dan berpengalaman. Tun Abdul Jamil, mengambil kesempatan daripada Sultan yang kurang berpengalaman, segera mengukuhkan pengaruh beliau di Riau dan mengisytiharkan dirinya sebagai Tengku Mahkota. Beliau berhenti membayar ufti kesetiaan kepada Sultan dan melantik keluarga beliau ke jawatan-jawatan penting. Hal ini menyebabkan kemarahan ramai pembesar termasuk juga Tun Habib, yang bersatu untuk menentang Tun Abdul Jamil. Laksamana, tidak dapat melawan tentangan sengit oleh Tun Habib dan sekutunya, telah berundur ke Terengganu pada tahun 1688 di mana beliau telah terbunuh tidak lama selepas itu. Setelah penyingkiran Tun Abdul Jamil, Tun Habib pergi ke Riau dan membawa Sultan Mahmud Shah II balik ke Johor.

Pengukuhan kuasa

Kematian Tun Abdul Jamil meletakkan kembali Tun Habib sebagai Bendahara. Tun Habib kembali semula kepada jawatannya sebagai Bendahara yang lebih kuat. Hal ini memberikan daya bantuan kepada Sultan yang masih muda dan tidak tahu banyak urusan pentadbiran dan perhubungan masyarakat di Johor. Ketika adat istiadat istana, Tun Habib memberikan pengakuan taat setia kepada Sultan muda walaupun beliau mempunyai kemampuan menggunakan kuasa tunggal yang berkesan ke atas kerajaan. Pada bulan April 1691, utusan Belanda tiba di Johor bagi mendapatkan perjanjian perdagangan dengan Tun Habib, Namun, beliau dengan tegasnya berkata tidak akan menandatangani apa-apa watikah perjanjian sehinggalah Sultan mencapai umur baligh dan matang.

Tun Habib juga dilaporkan sangat penyayang orangnya. Sangat menghormati rakyat dan bekerjasama dengan para menterinya (Orang Kaya). Kemudian, apabila mendapat kuasa, Tun Habib meletak tampuk empayar Johor ke Kota Tinggi. Beliau juga mengambil alih tugas perhubungan negara dengan menghantar wakil ke Terengganu, pada masa itu keadaan di Terengganu kurang berpenghuni. Sultan Mahmud diberi banyak peluang dalam urusan pentadbiran di bawah kawalan Tun Habib, walaupun beliau kemudian menggunakan kuasa tunggal yang berkesan ke atas aktiviti hubungan Sultan. Tun Habib meninggal dunia di Padang Saujana, Kota Tinggi pada 7 Muharam 1109 H bersamaan 26 Julai 1697 M, dan dimakamkan di sana.Anak lelaki sulungnya, Abdul Jalil, mengambil tampuk Bendahara Johor ke-20, tetapi merampas kedudukan Sultan Mahmud Shah II dua tahun kemudian pada tahun 1699 dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Anak kelima beliau, Zainal Abidin, yang masih menetap di Pattani telah berpindah ke Terengganu lalu menjadi Sultan pertamanya.

Keluarga

Keturunan

Ibu Tun Habib adalah berketurunan Melayu manakala ayah beliau Sayyid Zainal Abidin adalah berketurunan Arab Hadramaut. Datuk beliau ialah Sayyid Abdullah Al-Aidrus, yang menetap di Aceh dan telah berkahwin dengan puteri Sultan Alauddin Mansyur Shah. Anak pasangan ini, Sayyid Zainal Abidin, telah berhijrah ke Johor dan berkahwin dengan cucu Tun Sri Lanang iaitu anak, Tun Jenal, Bendahara Sekudai yang ke-5. Perkahwinan ini telah melahirkan Tun Habib, Dato Pasir Diraja (Sayyid Ja'afar) dan Putri Bakal. Putri Bakal dipercayai telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah II.

"Habib" ialah gelaran tempatan Aceh yang serupa dengan gelaran "Sayyid", iaitu gelaran bagi keturunan Nabi Muhammad. Walau bagaimanapun, berikutan hubungan tegang Acheh dengan negara jiranya pada abad ke-16, gelaran tersebut mendedahkan keturunan Acheh beliau dan telah menimbulkan tanggapan serong terutamanya dalam hal-hal berkaitan politik. Keturunan beliau telah menggugurkan pengunaan gelaran tersebut.





























































Sultan Sallehuddin Shah "Raja Lumu" ibni al-Marhum Daeng Celak

Birthdate:
Birthplace:Riau
Death:1778 (72-73)
Kuala Selangor, Selangor
Place of Burial:Kuala Selangor, Bukit Melawati, Selangor, Malaysia
Immediate Family:

Son of Opu Daeng Cella' (Yam Tuan Muda Riau ke2: 1728-1743) and Tengku Nai @ Tengku Puan Mandak binti al-Marhum Sultan Abdul Jalil Ri'ayat Shah IV
Husband of ??? binti [YTM] Raja Chulan and [YAM] Engku Puan binti Daeng Merewah
Father of Raja Perak Sultan Salehuddin ShahSultan Ibrahim Shah [Sultan Selangor ke-2 1778-1826]Raja Muda Nala ibni al-Marhum Sultan Salehuddin ShahRaja Penuh binti al-Marhum Sultan Salehuddin ShahEngku Cik/Tengku Tipah and 1 other
Brother of YTM Raja Haji al-Shahid (Marhum Teluk Ketapang)Y.M. Tengku Hitam binti Raja ChelakTengku Putih binti Daeng Cellak of RiauRaja Kecik Halimah Yamtuan Muda Riau binti Daeng Chelak and Raja Muhamad bin Daeng Chelak
Half brother of Daeng Idris Bin Daeng ChelakRaja Bulang (Tengku Bakul)Raja Mahmud (Kapak Cina)Raja Ahmad (Sulawating) and Raja Hafsah Aminah binti Daeng Chelak

Occupation:1st Sultan of Selangor
Managed by:Private User
Last Updated:
:
Birthplace:Riau
Death:1778 (72-73)
Kuala Selangor, Selangor
Place of Burial:Kuala Selangor, Bukit Melawati, Selangor, Malaysia
Immediate Family:

Son of Opu Daeng Cella' (Yam Tuan Muda Riau ke2: 1728-1743) and Tengku Nai @ Tengku Puan Mandak binti al-Marhum Sultan Abdul Jalil Ri'ayat Shah IV
Husband of ??? binti [YTM] Raja Chulan and [YAM] Engku Puan binti Daeng Merewah
Father of Raja Perak Sultan Salehuddin ShahSultan Ibrahim Shah [Sultan Selangor ke-2 1778-1826]Raja Muda Nala ibni al-Marhum Sultan Salehuddin ShahRaja Penuh binti al-Marhum Sultan Salehuddin ShahEngku Cik/Tengku Tipah and 1 other
Brother of YTM Raja Haji al-Shahid (Marhum Teluk Ketapang)Y.M. Tengku Hitam binti Raja ChelakTengku Putih binti Daeng Cellak of RiauRaja Kecik Halimah Yamtuan Muda Riau binti Daeng Chelak and Raja Muhamad bin Daeng Chelak
Half brother of Daeng Idris Bin Daeng ChelakRaja Bulang (Tengku Bakul)Raja Mahmud (Kapak Cina)Raja Ahmad (Sulawating) and Raja Hafsah Aminah binti Daeng Chelak

Occupation:1st Sultan of Selangor

Immediate Family




KESULTANAN Selangor bermula seawal tahun 1756 apabila ia berada di bawah pemerintahan Raja Lumu yang menjadi Yang Dipertuan Besar Selangor dan bergelar Sultan Salehuddin Shah (1). Biarpun berasal dari kalangan orang Bugis, kesultanan baginda diiktiraf oleh Sultan Perak pada pertengahan kurun ke-18 yang turut membawa kepada pembebasan negeri Selangor daripada kekuasaan kerajaan Johor.Pemerintahan Sultan Salehuddin berterusan sehingga tahun 1778 apabila baginda mangkat lalu digantikan oleh putera baginda, Raja Ibrahim Marhum Saleh yang kemudian bergelar Sultan Ibrahim Shah (2). Sepanjang pemerintahan Sultan Ibrahim Shah, Selangor menempuh pelbagai peristiwa antaranya, serangan tentera Belanda pada 13 Julai 1784 yang berjaya menawan kota Kuala Selangor.

Ini diikuti perjanjian kerjasama antara kerajaan baginda dengan kerajaan negeri Perak yang akhirnya membawa kepada perselisihan hutang piutang yang diselesaikan melalui campur tangan Robert Fullerton, Gabenor Inggeris di Pulau Pinang. Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah pada 27 Oktober 1826, anakanda baginda, Raja Muda Selangor dilantik menjadi Sultan Selangor dan bergelar Sultan Muhammad Shah (3). Menurut sejarah, pemerintahan baginda dianggap lemah ekoran ketidakupayaan baginda untuk menguasai raja-raja dan para pembesar di daerah-daerah lain di Selangor. Oleh itu, berlaku perpecahan daerah di Selangor iaitu Bernam, Kuala Selangor, Kelang, Langat dan Lukut. Sungguhpun begitu sepanjang 31 tahun memerintah, baginda telah menampakkan beberapa perubahan dengan pembukaan lombong bijih timah di Ampang diikuti dengan pembinaan kedai-kedai bagi keperluan rakyat terutamanya para pelombong.Kemangkatan baginda secara mengejut pada penghujung tahun 1857 menyebabkan timbul perbalahan di kalangan kerabat di raja dan para pembesar Selangor dalam soal memilih Sultan yang baru.

 
selangor
1857 - 1898
Keputusan akhirnya dicapai dua tahun kemudian untuk melantik Raja Abdul Samad Raja Abdullah sebagai Sultan Selangor dan bergelar Sultan Abdul Samad (4), biarpun baginda hanyalah anak saudara kepada almarhum Sultan Muhammad Shah.
 
Sejak permulaan pemerintahan baginda, lombong bijih timah di Ampang mula mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan ke negeri-negeri Selat serta berjaya menarik kemasukan lebih ramai pelombong Cina.

Pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad melantik menantunya, Tengku Dhiauddin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid (Tengku Kudin) selaku Wakil Yamtuan Selangor dan menyerahkan Langat sebagai hak milik menantunya itu.
 
Selepas memerintah Selangor selama 39 tahun, Sultan Abdul Samad akhirnya mangkat ketika berusia 93 tahun pada 6 Februari 1898 lalu dimakamkan di Jugra dan disebut `Marhum Jugra'.
 
selangor
1898 - 1938
Almarhum digantikan oleh cucundanya, Raja Muda Sulaiman ibni Almarhum Raja Muda Musa pada 17 Februari 1898 dan bergelar Sultan Alauddin Sulaiman Shah (5).

Semasa pemerintahan baginda, Selangor mula mengalami perubahan besar apabila lebih banyak jalan raya dan landasan kereta api dibina begitu juga meningkatnya pembinaan rumah dan kedai terutama di Kuala Lumpur dan Kelang.

Kebijaksanaan baginda memerintah telah mendorong rakyat mengadakan sambutan keramaian Jubli Emas di Kelang sempena genap 40 tahun pemerintahan baginda.

Namun begitu, beberapa bulan kemudian, pada 30 Mac 1938, baginda pun mangkat dan dimakamkan di Kelang dengan gelaran `Marhum Atiqullah'.
 
selangor
1938 - 1960
Pemerintahan Selangor diambil alih oleh anakanda almarhum Sultan Alauddin Tengku Alam Shah yang ditabalkan pada 4 April 1938 dan diberi gelaran Sultan Hisamuddin Alam Shah (6).
 
Kerajaan baginda bagaimanapun tidak kekal lama apabila dipaksa turun takhta pada tahun 1942 oleh tentera Jepun yang sebelum itu menyerang dan mengalahkan negeri-negeri Melayu.


Jepun yang merasakan kekanda Tengku Alam Shah, Tengku Musauddin lebih layak menjadi pemerintah Selangor telah melantik baginda sebagai Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah (7) dan Tengku Alam Shah diminta memberi kerjasama membantu kekandanya dalam soal pemerintahan.
 
selangor
1942 - 1945
Penguasaan Malaya yang berubah ekoran kemasukan semula tentera Britain lebih tiga tahun kemudian turut mengubah struktur pemerintahan kerajaan Selangor kembali kepada pimpinan Sultan Hisamuddin Alam Shah.
 

Berikutan perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Sultan Hisamuddin Alam Shah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Negara Persekutuan Tanah Melayu, sementara jawatan Yang di-Pertuan Agong yang pertama disandang oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad.

Berikutan kemangkatan baginda Tuanku Abdul Rahman pada 1 April 1960, Sultan Hisamuddin Alam Shah pula dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua.
 
sultan
1960 - 2001
Lima bulan kemudian, baginda pula mangkat pada 1 September 1960 setelah gering selama 27 hari lalu pemerintahan Selangor diterajui oleh putera sulung baginda Raja Abdul Aziz sebagai Sultan Selangor yang bergelar Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (8).

Kesultanan Selangor di bawah pemerintahan Sultan Salahuddin banyak meninggalkan perubahan yang membanggakan rakyat lantas baginda tetap kekal dalam kenangan selepas kemangkatan baginda di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, pada pukul 11.57pagi 22 November 2001.

Anakanda Almarhum, Tengku Idris Shah pada 22 November 2001 dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor kesembilan bergelar Sultan Sharafuddin Idris Shah (9).
 
 sultan2001 - sekarang.








1 ulasan:

SEJARAH KESULTANAN SELANGOR.

  SEJARAH DAERAH KUALA SELANGOR 1. Sultan Selangor Pertama ( 1743 - 1778 diperintah oleh Sultan Sallehuddin ). 2. Sultan Selangor Kedua ( 17...