Wikipedia

Hasil carian

Selasa, 1 Oktober 2019

Undang (Negeri Sembilan)

Undang ialah gelaran bagi Pembesar Memerintah bagi Negeri Sembilan. Undang bersama Yang di-Pertuan Besar dan Tengku Besar Tampin didefinisikan sebagai Raja bagi Negeri Sembilan mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Kedudukan dalam Perlembagaan PersekutuanSunting

Kedudukan dan keistimewaan Undang selaku Raja diiktiraf dalam Perkara 71[1], Perkara 160[2] dan Perkara 181 [3] Perlembagaan Persekutuan Malaysiadan Perkara 28 dan Perkara 34 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Negeri Sembilan mempunyai empat Undang yang mengetuai empat wilayah atau luak utama di negeri itu. Mereka ialah Undang Sungei UjongUndang JelebuUndang Johol dan Undang Rembau, dikenali sebagai Undang Yang Empat.
Undang Yang Empat dianggap sebagai empat 'beradik' yang berkuasa menentukan hala tuju pemerintahan beraja di Negeri Sembilan, berikutan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 mengkehendaki Yang di-Pertuan Besar perlu mendapatkan persetujuan Undang Yang Empat dalam kebanyakan kuasa budi bicara Raja di negeri berkenaan.
Peranan paling utama Undang Yang Empat ialah memilih dan menabal Yang di-Pertuan Besar mengikut Perkara 7 dan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 turut memperuntukkan kuasa prerogatif kepada Undang Yang Empat untuk menggantung tugas atau melucutkan kedudukan, menarik segala kuasa serta keistimewaan Yang di-Pertuan Besar, sekiranya penyandang melanggar hukum Syarak, didapati bersalah atas kesalahan jenayah, tidak siuman, mengingkari Undang-Undang Tubuh negeri atau dirasakan tidak lagi layak menjadi Yang di-Pertuan Besar.
Peranan utama lain bagi Undang adalah mempunyai kuasa persetujuan berhubung:-
  • pelantikan Menteri Besar,
  • menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri,
  • pengurniaan darjah kebesaran negeri,
  • hal ehwal agama Islam dan adat Melayu,
  • kedudukan tanah adat dan rizab Melayu dan,
  • kedudukan istimewa Bumiputera dan kepentingan sah kaum lain.

Undang Yang EmpatSunting

Secara tradisinya, Undang adalah Raja Melayu dalam jajahannya yang dikenali sebagai luak atau luhak. Pemilihan dan pelantikan Undang dilakukan oleh oleh Dato'-Dato' Lembaga di dalam sesebuah luak itu mengikut adat yang diamalkannya.
  • Dato' Undang Luak Sungai Ujong dipilih mengikut Adat Perpatih Ketemenggungan di antara Waris Hulu dan Waris Hilir yang berpusat di Mukim Pantai, Seremban dan penyandangnya digelar Dato' Klana Petra. Pemerintahan Dato' Undang Luak Sungai Ujong sudah bermula sejak tahun 1760 dengan pemilihan Dato' Klana Petra Bador daripada Waris Hulu sebagai Undang yang pertama.
  • Dato' Undang Luak Jelebu dipilih antara tiga keluarga waris Undang iaitu Waris Ulu Jelebu, Waris Sarin dan Waris Kemin secara bergilir. Penyandangnya dikenali sebagai Dato' Mendulika Mentri Akhirulzaman. Pemerintahan Undang Jelebu wujud pada tahun 1757 dan Undang Jelebu yang pertama ialah Dato' Moyang Salleh selepas memperoleh kemerdekaan daripada Kesultanan Johor.
  • Dato' Undang Luak Johol dipilih dengan ditentukan daripada Waris Johol dan Waris Gemencheh dan memakai gelaran Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan. Undang Johol yang pertama ialah seorang wanita bergelar Puteri Kanun atau Puteri Setiawan dan mula memerintah pada tahun 1723.
  • Dato' Undang Luak Rembau dipilih secara bergilir antara Waris Biduanda Jawa dan Waris Biduanda Jakun. Penyandang pusaka Undang Rembaudaripada Waris Biduanda Jakun dikenali sebagai Dato' Lela Maharaja, manakala penyandang daripada Waris Biduanda Jawa pula dikenali sebagai Dato' Sedia Raja. Undang Rembau yang pertama ialah Dato' Seri Rama yang mewujudkan pemerintahannya di Kampung Kota, Rembau pada tahun 1540, iaitu ketika Sultan Johor yang pertama, Sultan Alauddin Riayat Shah II berkuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEJARAH KESULTANAN SELANGOR.

  SEJARAH DAERAH KUALA SELANGOR 1. Sultan Selangor Pertama ( 1743 - 1778 diperintah oleh Sultan Sallehuddin ). 2. Sultan Selangor Kedua ( 17...