Luak Inas yang terletak di antara daerah Kuala Pilahdan daerah Tampin merupakan antara Luak yang tertua dibandingkan dengan lain-lain Luak di Tanah Mengandung.
Semasa penggabungan sembilan negeri-negeri kecil (Undang & Luak) untuk membentuk Negeri Sembilan, Luak Inas dikenali sebagai Jelai. Ianya adalah bersempena dengan nama sebatang sungai utama yang merentangi Luak ini. Penduduknya pula terdiri daripada penghijrah dari Daerah Minangkabau di Sumatera Barat yang telah meneroka tanah, bermastautin serta berkahwin dengan Orang Asal di daerah ini.[1]
Luak Inas diketuai oleh Datuk Penghulu Luak iaitu sebagai ketua adat yang tertinggi di dalam Luaknya. Pada masa dahulu disebut juga Undang kerana kekuasaannya dalam Luaknya sama seperti Undang, tetapi kerana ganjaran berupa elaun yang diterima dari kerajaan agak rendah, maka masyarakat setempat memandang beliau tidak sama seperti Undang (Bagai sudah menjadi kelaziman, faktor kewangan dan kekayaan yang dimiliki seseorang untuk lebih disegani dan dihormati masyarakat setempat)
Gelaran bagi Datuk Penghulu Luak Inas ialah 'Datuk Johan Pahlawan Walat Kuala Dioh' seperti terakam dalam cop mohor yang diakui oleh Sultan Johor pada tahun 1760 yang masih tersimpan oleh sesiapa penyandang Datuk penghulu Luak Inas.[2]
Luak Tanah Mengandung
ialah satu kawasan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, di mana mengandungi lima luak kecil yang setiap satu diketuai oleh Penghulu Luak. Lima luak kecil itu ialah Luak Inas, Luak Jempol, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Ulu Muar. Kelima-lima Penghulu Luak ini adalah dibawah kuasa Yang DiPertuan Besar. Luak Tanah Mengandung ini adalah luak yang kelima selepas empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Jelebu dan Johol. Keempat-empat luak utama ini setiap satu diketuai oleh Undang.
Luak Tanah Mengandung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan